2 Jun 2016. PUSPANITA daerah yan bersama
jabatan integriti dan tadbir urus (JITU) telah menganjurkan seminar Integriti
Dalam Mendidik Anak-anak yang disampiakan oleh YBhg. Sheikh Haji Ahmad Faisol
Bin Haji Omar, Ketua Penolong Pengarah bahagian Penguatkuasaan Undang-undang
Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Seminar tersebut diadakan
di Dewan Dato Madi Yan. Program turut dimeriahkan lagi dengan Pameran dan
Jualan oleh peniaga-peniaga yang dijemput. PUSPANITA Daerah Yan tidak
ketinggalan untuk membuka sebuah gerai. Sambutan yang amat menggalakkan. Terima
Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam
menjayakan program tersebut.
2.6.16
Jun
02
2016
- In: Aktiviti Terkini
- Posted By: Laman Web Rasmi PUSPANITA Daerah Yan