1.8.16

PROGRAM JEJAK JAYA SPM & LAWATAN TURUN PADANG PUSPANITA NEGERI KEDAH KE DAERAH YAN

1 Ogos 2016. PUSPANITA Daerah  Yan berbesar hati dengan mendapat kerjasama daripada Biro Pendidikan Negeri Kedah dengan menganjurkan Program Jejak Jaya SPM & Lawatan Turun Padang ke Daerah Yan. Program dimulai dengan slot teknik menjawab soalan matematik dan seterusnya bengkel teknik menjawab bahasa inggeris. Beberapa buah sekolah yang berhampiran telah dijemput untuk mengikuti program tersebut. Perasmian dilakukan oleh Naib Pengerusi PUSPANITA Negeri &Kedah. Selain itu juga, aktiviti seterusnya ialah melawat ke Kampung Acheh Management Centre (KAMC) yang terletak di Yan. Peserta disajikam dengan masakan tradisional Acheh. Gulai Pleo, Manisa. jimpan dll. 
Para peserta juga disajikan dengan halwa telinga yang merupakan sejarah kedatanga  penduduk Acheh ke sini. 
























Program Jejak Jaya SPM dimulai dengan sesi pendaftaran para pelajar dan guru pengiring pada jam7.45 pagi yang berlangsung di Dewan Bendahara, SMK Yan. 
Para peserta diberikan fail poket yang mengandungi "handout", pensil dan juga helaian kertas untuk digunakan semasa bengkel berlangsung. Pada jam 8.00 pagi, slot yang pertama dimulai dengan Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM bagi Mata Pelajaran Matematik yang diberikan oleh Encik Zulkifli Bin Salleh yang merupakan pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda. 
Seterusnya, bagi Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris pula diberikan oleh Puan Nurul Aznim Binti Mohd Radzali yang merupakan guru di Sek. Men. Keb Alor Janggus.Pada jam 11.15 pagi, sesi pendaftaran kepada semua ahli majlis tertinggi dan ahli PUSPANITA Negeri Kedah.
Program diserikan lagi dengan ketibaan Yang Berbahagia Datin Zainunnura binti Mohd Idris, Timbalan Pengurusi PUSPANITA Kedah untuk ucaptama beliau yang bertajuk "Peranan Ibu Semasa Anak-anak Hadapi Peperiksaan" dan merasmikan program tersebut. Lawatan seterusnya adalah ke Kampung Acheh Management Centre (KAMC). Semua Ahli PUSPANITA di hidangkan dengan juadah tradisi Orang Acheh yang berhijrah ke Yan. Penerangan ringkas juga diberikan berkenaan penghijrahan orang Acheh ke Yan.
Lawatan yang terakhir adalah melawat salah satu ikon pelancongan Daerah Yan iaitu melawat Ladang Nira Nipah Ismail Che Kar, Kuala Sedaka. Tempat yang sungguh unik dimana para ahli PUSPANITA dapat menikmati kesegaran minum air nira di dalam ladang pokok nipah. 
Terima Kasih atas kesudian semua ahli  Tertinggi dan ahli PUSPANITA Negeri Kedah di atas kelapangan waktu untuk bersama-sama dalam menjayakan program ini.