27.8.16

PROGRAM SUKARELAWAN IM4U PERINGKAT NEGERI KEDAH

27 Ogos 2016. Bertempat di Dewan Kg. Bukit Kubang Pasu Jitra Kedah, PUSPANITA Daerah Yan tidak ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan program sukarelawan IM4U Peringkat Negeri Kedah Tahun 2016 yang merupakan anjuran PUSPANITA Negeri Kedah dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Kubang Pasu. 
Aktiviti yang diadakan iaitu senamrobik, pertandingan mewarna kanak-kanak, majlis gotong royong, program infak ziarah kasih kepada golongan yang memerlukan dan juga jualan produk keusahawanan.Selain daripada ahli-ahli PUSPANITA, turut hadir bersama daripada pelajar IPT di sekitar Daerah Kubang Pasu.
Program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hajjah Azuyah Binti Hassan, Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah dengan memotong riben yang dipenuhi belon sebagai simbolik kepada upacara perasmian tersebut. Selain itu juga, aktiviti menanam pokok juga turut disempurnakan oleh YBhg Dato.

"BERINFAQLAH, DAN JANGANLAH KAMU MENGHITUNG-HITUNG HARTAMU, KERANA ALLAH JUGA AKAN MENGHITUNG-HITUNG REZEKINYA UNTUKMU, DAN JANGANLAH ENGKAU BAKHIL DENGAN HARTAMU, KERANA ALLAH JUGA AKAN BAKHIL KEPADAMU"