20.9.16

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2016

20 September 2016. Majlis Jamuan Hari Raya Aidiladha 2016 yang bertempat di Rumah PUSPANITA Negeri Kedah yang disertai oleh semua ahli PUSPANITA daerah di Negeri Kedah. Majlis yang berlangsung pada jam 2.30 petang dengan pelbagai juadah yang menarik. Juadah tersebut adalah hasil daripada setiap daerah. Majlis disajikan dengan halwa telinga daripada wakil daerah yang membuat persembahan. PUSPANITA Daerah Yan telah menyediakan menu mee kuah tulang kepada tetamu yang hadir. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA daripada PUSPANITA Daerah Yan kepada semua.....