3.1.17

PROGRAM BANTUAN KHAS OLEH PEGAWAI DAERAH DAN PUSPANITA DAERAH YAN KEPADA PENDUDUK KURANG BERKEMAMPUAN

3 Januari 2017, Pejabat Daerah Dan Tanah Yan dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Yan turun padang untuk menyalurkan sumbangan berbentuk makanan ruji dan juga wang. Bantuan yang dihulurkan membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh penduduk kawasan tersebut.

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari usahanya yang halal , maka Allah akan menerima sedekahnya itu dengan tangan kanan-Nya, kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menerima sedekah dari usaha yang halal, dan akan memberi tambahan kepada pemiliknya seperti seseorang di antara kamu yang terus menambah tabungnya yang sedikit, sampai menjadi gunung .” ( HR Bukhari dan Muslim )