13.4.17

PROGRAM LAWATAN TURUN PADANG KE DAERAH KOTA SETAR

13 April 2017, Bertempat di Gua Gunung Keriang, PUSPANITA Daerah Yan telah dijemput untuk memeriahkan program yang dianjurkan oleh PUSPANITA Daerah Kota Setar bersama-sama Pejabat Daerah Kota Setar telah mengadakan Program Lawatan Turun Padang PUSPANITA Negeri Kedah ke daerah Kota Setar. 

Antara pengisian program ini adalah 
- sesi senamrobik oleh Rimba Aerobic, 
- ekspedisi masuk ke Gua Gunung Keriang, 
- lawatan ke Muzium Padi, 
- pertandingan gubahan tuala, 
- pertandingan menghias kek cawan (cup cake), 
- demonstrasi masakan serta booth-booth jualan.- Program Muafakat Kedah, 

Dimana, Penyampaian sumbangan turut diberikan kepada 3 orang ahli PUSPANITA yang menghidap penyakit kronik. Penerima-penerima sumbangan tersebut ialah:
  • Puan Norshida binti Sudin - sakit saraf dan tulang (MBAS)
  • Puan Zarina binti Abdul Hamid - kanser payudara tahap 4 (Jab Agama Islam)
  • Puan Muzni binti Mustaffa - kencing manis dan rawatan dialisis (JKR Kedah)

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Norizan binti Mohamed, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman