12 Jun 2017, PUSPANITA Daerah Yan mengambil peluang untuk bersama-sama meraikan anak-anak yatim Rumah Budi serta mengeratkan silaturahim antara ahli PUSPANITA dan anak-anak yatim dengan menganjurkan majlis berbuka puasa.Turut serta tuan Penasihat PUSPANITA Daerah Yan Iaitu Tuan Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, Tuan Pegawai Daerah merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Yan. Sumbangan berupa duit raya tidak dilupa untuk mengembirakan hati mereka.
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن
فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن
أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa
maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat
Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)