24.3.22

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟑𝟖 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

 𝟮𝟰 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗞𝗛𝗔𝗠𝗜𝗦)

- Mesyuarat Agung PUSPANITA Kali ke-38 Cawangan Negeri Kedah ini telah diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting pada jam 10.00 pagi. Mesyurat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datin Paduka Hariyanti binti Amit, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Mesyuarat bermula dengan nyanyian lagu PUSPANITA dan disusuli dengan bacaan doa serta ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato' Paduka Ammar Bin Dato' Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan sesi penyampaian cenderamata kepada Mantan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman.
Agenda mesyuarat seterusnya ialah pembentangan laporan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2021, pelantikan Biro - biro bagi Penggal Tahun 2022-2023, pembentangan Laporan Aktiviti Tahun 2021, perancangan senarai cadangan aktiviti / program Tahun 2022 dan hal-hal lain yang berkaitan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Selain itu, mesyuarat turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah bagi Program Register and Win serta cabutan bertuah untuk 100 perwakilan mesyuarat yang terpilih.Seramai 569 orang perwakilan telah menghadiri mesyuarat agung tahunan ini secara maya.
Mesyuarat kemudiannya diakhiri dengan ucapan penangguhan serta penyerahan bendera Kedah dan bendera PUSPANITA oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Paduka Hariyanti binti Amit kepada Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kedah yang akan mewakili PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah ke Karnival Sukan Tahunan PUSPANITA 2022.
Sekalung penghargaan dan setinggi - tinggi tahniah kepada seluruh kepimpinan dan warga PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas kejayaan dan kelancaran Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah kali ini yang diadakan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM serta amalan normal baharu pada masa kini.