7.3.22

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH YAN BIL. 1/2022

 MESYUARAT JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH YAN BIL. 1/2022

7 MAC 2022 (ISNIN)
BILIK MESYUARAT, PEJABAT DAERAH DAN TANAH YAN
Mesyuarat Jawatankuasa Biro-Biro PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan Kali Pertama Tahun 2022 telah diadakan di Bilik Mesyuarat PDTY pada jam 10.00 pagi dan dipengerusikan oleh Puan Siti Nadhirah binti Roselan selaku Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
Mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan aluan dan seterusnya membincangkan mengenai agenda-agenda Mesyuarat pada hari ini.
Mesyuarat bersetuju dan mengambil maklum berhubung pengagihan tugas bagi gerak kerja Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang dijadualkan pada 13 Mac 2022 akan datang.
Puan Setiausaha merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kesemua biro-biro PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk hadir pada mesyuarat kali ini.
Beliau juga berharap agar semua biro dapat melaksanakan tugasan yang diberi supaya Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dapat berjalan dengan lancar.
Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.