18.4.22

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜ð—Ķ ð—Ģð—˜ð—Ąð—Žð—”ð— ð—Ģð—”ð—œð—”ð—Ą ð—Ķð—Ļð— ð—•ð—”ð—Ąð—šð—”ð—Ą ð——ð—”ð—Ą 𝗕𝗘ð—Ĩ𝗕ð—Ļ𝗞𝗔 ð—Ģð—Ļ𝗔ð—Ķ𝗔 𝗎𝗔𝗕 ð— ð—˜ð—Ąð—§ð—˜ð—Ĩ𝗜 𝗕𝗘ð—Ķ𝗔ð—Ĩ 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 ð—Ķ𝗘𝗠ð—Ģð—˜ð—Ąð—” ð—Ĩð—”ð— ð—”ð——ð—”ð—Ą 𝟭𝟰𝟰ðŸŊ𝗛 / ðŸŪ𝟎ðŸŪðŸŪM ð—Ģ𝗘ð—Ĩð—œð—Ąð—šð—žð—”ð—§ 𝗗𝗔𝗘ð—Ĩ𝗔𝗛 ð—Žð—”ð—Ą

 ðŸðŸ– 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟐 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍)

Majlis Penyampaian Sumbangan Dan Berbuka Puasa YAB Menteri Besar Kedah Sempena Ramadan 1443H / 2022M Peringkat Daerah Yan ini diadakan pada jam 5.00 petang bertempat di Masjid Al-Wustha, Guar Chempedak, Yan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.
Majlis Sumbangan ini dimulakan dengan sesi pendaftaran para penerima sumbangan dan ketibaan dif-dif jemputan. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi tazkirah Ramadan selama setengah jam yang disampaikan oleh Imam Masjid Al-Wustha iaitu Ustaz Mohamad Nizam bin Mohd Noh.
Program diteruskan dengan ketibaan YAB Menteri Besar Kedah pada jam 6.30 petang ke Masjid Al Wustha dan disambut oleh Tuan Pegawai Daerah / YDP Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. bersama para dif kenamaan serta ketua jabatan / agensi Daerah Yan.
Agenda majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Syeikh Alwi Bin Othman, Pegawai Agama Daerah Yan dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., serta ucapan daripada YAB Menteri Besar Kedah.
Majlis sumbangan pada hari ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah kepada 100 orang penerima yang terdiri daripada guru Al-Quran sukarela, mudim, bidan kampung, jurumandi jenazah, bomoh patah dan penggali kubur melibatkan 50 orang dari DUN Guar Chempedak dan 50 orang dari DUN Sungai Limau.
Baki 200 orang lagi penerima sumbangan akan diselaraskan oleh kedua - dua Pejabat DUN Guar Chempedak dan DUN Sungai Limau tersebut.
Sumbangan yang diberikan termasuklah kelengkapan raya (kain batik, kain pelikat dan kurma) serta wang tunai.
Seramai 10 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan turut membantu sebagai urus setia bersama program ini dalam membantu kelancaran proses pendaftaran dan majlis penyampaian sumbangan kepada para penerima sumbangan tersebut.
Setelah selesainya majlis penyampaian sumbangan berkenaan, YAB Menteri Besar Kedah, dif-dif jemputan, para penerima sumbangan serta tetamu yang hadir bergerak ke Dewan Masjid Al-Wustha, Guar Chempedak untuk Majlis Berbuka Puasa.
Turut hadir dalam Majlis ini ialah YB Ahli Parlimen Jerai (Ustaz Sabri bin Azit), YB ADUN Guar Chempedak (YB Dato Wira Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail), YB ADUN Sungai Limau (Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat), Pegawai Agama Daerah Yan (Tuan Syeikh Alwi Bin Othman, BCK.), Imam Masjid Al-Wustha (Ustaz Mohamad Nizam bin Mohd Noh), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Yan (Encik Mohd Akmal Bin Azimi), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) (Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad), Jurutera Daerah JKR Yan (Ir Sharudin bin Halim), Pegawai Kesihatan Daerah Yan (Dr. Siti Rohana Binti Ahmad), Pegawai Penerangan Daerah Yan (Puan Anita binti Omar), Ketua Teknikal TNB Guar Chempedak (Encik Syarmanizul bin Abdul Majid), Ahli-ahli Majlis Daerah Yan (MDY), semua Penghulu Mukim Daerah Yan dan Ahli-ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan serta Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan Majlis Daerah Yan selaku urus setia bersama Majlis tersebut.
Semoga sumbangan tersebut dapat membantu para penerima sumbangan berkenaan serta keluarga masing-masing dalam menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan 1443H / 2022 ini dan membuat persiapan serta persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1443H / 2022 yang bakal tiba tidak lama lagi.