4.1.23

𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗹𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗲𝘀𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗸𝗮𝘂

 𝟰 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗥𝗮𝗯𝘂)


- Program Pemuliharaan dan Kelestarian Bakau ini diadakan bermula jam 10.30 pagi bertempat di Kuala Sungai Limau, Yan, Kedah Darul Aman.
Program ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah melibatkan hampir 100 orang peserta termasuklah dari kalangan warga kerja dan penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), para guru dan pelajar dari SK Sungai Limau dan SMK Dulang, para warga kerja Pejabat Hutan Kedah Tengah, Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan dan para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
Program ini dimulakan dengan Ucapan Aluan yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Prof Madya Dr. Halimah Abdul Manaf, Dekan, Pusat Pengajian Kerajaan (SOG) UUM dan disusuli dengan Ucapan Perasmian oleh YB Ustaz Mohd Azam bin Abdul Samat, ADUN Sungai Limau dan diteruskan dengan Taklimat Ringkas Program oleh wakil Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.
Sebanyak 500 pokok bakau minyak telah berjaya ditanam sempena program pada hari ini oleh para peserta yang hadir.
Turut hadir menjayakan program ini ialah Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Tuan Muhamad Bin Abdullah (Pengarah Perhutanan Negeri Kedah) Dan Puan Noorul Azzyati binti Ahmad Salmi (Ketua Penolong Pegawai Daerah - Pengurusan Tanah) merangkap Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Puan Nadhirah binti Roselan (Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan) dan Puan Nurliza binti Kerya@Zakaria (Bendahari PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan).
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada pihak Pusat Pengajian Kerajaan UUM selaku penganjur program atas inisiatif yang sangat bermakna ini.
Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada semua jabatan / agensi dan sekolah - sekolah yang terlibat menjayakan Program Pemuliharaan dan Kelestarian Bakau yang amat bermanfaat ini demi memastikan pemuliharaan alam sekitar di samping memupuk kesedaran pembangunan mapan dan lestari _(sustainable development)_ khususnya di Daerah Yan yang merupakan Daerah Pelancongan Desa.