𝟗 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒)
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan berbesar hati dan tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada Program Tayangan Amal Perdana Filem bertajuk "65" yang dianjurkan oleh PUSPANITA Kebangsaan sempena Sambutan 40 Tahun PUSPANITA.
Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mengumpulkan dana bagi pelaksanaan aktiviti kebajikan dan khidmat sukarelawan kepada para ahli PUSPANITA serta kumpulan sasar yang memerlukan di samping mengeratkan ukhwah sesama ahli PUSPANITA dalam suasana yang informal dan santai.
YB Dato' Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan YBhg. Datin Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah turut hadir ke GSC Alor Setar untuk sama-sama menonton tayangan filem berkenaan.
Program ini turut mendapat sambutan Dan penyertaan di kalangan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang dihadiri oleh 10 orang ahli.
Setinggi - tinggi tahniah dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada PUSPANITA Kebangsaan, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan semua pihak yang menyokong dan menjayakan tayangan amal ini.
Semoga dana yang terkumpul akan dapat membantu golongan sasaran yang memerlukan.
*"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"*