23.3.23

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟑𝟗 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

 𝟐𝟏 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)

Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman Kali Ke-39 Tahun 2023 ini telah diadakan pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Kenangan MPSPK, Sungai Petani, Kedah.
Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YB. Dato’ Haji Norizan bin Khazali dengan diiringi YBhg. Datin Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah serta YBhg. Datin Noor Afza Binti Osman, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Mesyuarat Agung pada kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai hampir 750 ahli perwakilan PUSPANITA dari seluruh Negeri Kedah.
Terdapat 23 buah gerai jualan Puspa Suri dibuka sepanjang mesyuarat ini berlangsung yang menawarkan pelbagai aneka juadah dan barangan dengan harga yang menarik untuk dibeli oleh para perwakilan yang hadir.
Agenda program kemudiannya telah diteruskan dengan penyampaian sumbangan berbentuk Geran dan Bakul Kasih Ramadhan kepada 12 Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah serta 17 Pengerusi PUSPANITA Jabatan Negeri Kedah yang disempurnakan oleh YB Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Tidak ketinggalan, sebagai penghargaan kepada barisan Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah lantikan tahun 2021-2023, Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah turut berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata bagi menghargai segala jasa bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh mereka kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah sepanjang tempoh perkhidmatan.
Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Kali Ke-39 ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Terima kasih kepada semua perwakilan yang telah hadir memberi sokongan dan menjayakan penganjuran Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Kali Ke-39 bagi tahun 2023.
Turut hadir adalah Pegawai-Pegawai Daerah merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah serta Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah dan Jabatan Negeri Kedah.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan ingin merakamkan setinggi - tinggi ucapan tahniah kepada Puan Nurliza Binti Zakaria, Bendahari PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang telah dipilih sebagai Pemegang Amanah PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dalam Mesyuarat Agung tersebut.
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada seluruh Ahli - Ahli Jawatankuasa serta semua warga PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan dan kelancaran penganjuran Mesyuarat Agung yang cukup gilang-gemilang ini.