𝟐𝟗 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐑𝐀𝐁𝐔)
Majlis Sumbangan ini dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh para penerima sumbangan dan kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Pegawai Khas Agama kepada YAB Menteri Besar Kedah iaitu Tuan Sheikh Yusoff bin Haji Ahmad.
Program kemudiannya disusuli dengan ketibaan YB Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi bin Haji Ahmad (Exco Agama Negeri Kedah) selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Kedah pada jam 6.30 petang ke Masjid Sultanah Haminah, Dulang Kechil, Yan dan disambut oleh Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. bersama para dif kenamaan serta ketua / wakil jabatan / agensi di Daerah Yan.
Agenda Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tuan Syeikh Alwi Bin Othman, Pegawai Agama Daerah Yan dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Pegawai Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., serta ucapan daripada YB Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi bin Haji Ahmad.
Beliau seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 200 orang penerima yang terdiri daripada para guru Al-Quran sukarela, mudim, bidan kampung, jurumandi jenazah, bomoh patah dan penggali kubur melibatkan 100 orang dari DUN Guar Chempedak dan 100 orang dari DUN Sungai Limau.
Manakala, baki 100 orang lagi penerima sumbangan akan diselaraskan oleh kedua - dua Pejabat Pusat Khidmat DUN Guar Chempedak dan DUN Sungai Limau tersebut .
Sumbangan yang diberikan termasuklah kelengkapan raya (kain batik, kain pelikat dan kurma) serta wang tunai.
Setelah selesainya majlis penyampaian sumbangan berkenaan, YB Brigedier Jeneral (B) Dato' Haji Najmi bin Haji Ahmad, dif-dif jemputan, para penerima sumbangan serta komuniti setempat yang hadir bergerak ke Dewan Jamuan, Masjid Sultanah Haminah, Dulang Kechil, Yan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa.
Turut hadir dalam Majlis ini ialah YB ADUN Sungai Limau (Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat), Pegawai Agama Daerah Yan (Tuan Syeikh Alwi Bin Othman, BCK.), Imam Masjid Sultanah Haminah, Dulang Kechil, Yan (Tuan Hj.Yeop bin Yahya), para Ahli Majlis MDY, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Yan (Encik Mohd Akmal Bin Azimi), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) (Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad), ketua-ketua / wakil jabatan dan agensi di Daerah Yan, para Penghulu Mukim Daerah Yan, Ahli-ahli Jawatankuasa dan para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan selaku urus setia bersama Majlis tersebut serta komuniti setempat.
Seramai tiga belas (13) orang warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan turut sama hadir membantu pihak urus setia Majlis bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran para penerima sumbangan yang berjumlah seramai 200 orang dari kedua - dua DUN Guar Chempedak dan DUN Sungai Limau tersebut.
Sumbangan yang disampaikan ini adalah sebagai penghargaan dari Kerajaan Negeri Kedah atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan oleh para penerima / sukarelawan kepada masyarakat selama ini khususnya di Daerah Yan.
Semoga sumbangan tersebut diharap sedikit sebanyak dapat membantu para penerima sumbangan berkenaan serta keluarga masing-masing dalam menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan 1444H / 2023M ini dan membuat persiapan serta persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1444H / 2023M yang bakal tiba tidak lama lagi.