𝟎𝟗 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟑 (𝗔𝗛𝗔𝗗)
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Puan Amila binti Ahmad dan Tuan Pegawai Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., hadir bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan bantuan tersebut kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang memerlukan.
Seramai 14 orang penerima telah hadir untuk menerima sumbangan bantuan tersebut pada sesi penyerahan ringkas yang berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan manakala 6 orang penerima lagi sumbangan telah diberikan secara ziarah ke rumah masing - masing.
Turut hadir dalam sesi penyerahan ringkas ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.], Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Nur Izzati binti Mohd Sabri] dan para urus setia PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
Sumbangan barangan ini berupa keperluan harian dalam bentuk makanan kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Cawangan Kecil Daerah yang telah dikenalpasti dan memerlukan sempena bulan Ramadan 1444H / 2023M.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi - tinggi ucapan terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan State Secretary Kedah (Incorporation) atas sumbangan Bakul Kasih Ramadan yang diberikan.
Semoga dengan inisiatif murni dan program bermanfaat seumpama ini diharap akan dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada semua keluarga penerima yang memerlukan dalam menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini di samping membuat persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.