𝟏𝟔 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑
(𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍
𝐇𝐀𝐑𝐈
𝐑𝐀𝐘𝐀
𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈
𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇/
𝟐𝟎𝟐𝟑𝐌
𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓
𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇
𝐃𝐀𝐍
𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇
𝐘𝐀𝐍
𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒
𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇
𝐘𝐀𝐍
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444H/ 2023M Pejabat
Daerah dan Tanah Yan bersama Majlis Daerah Yan telah berlangsung di Dewan
Lestari, Guar Chempedak, Yan, Kedah Darul Aman pada jam 8.00 malam.
Majlis dimulakan dengan aluan Pengacara Majlis dan disusuli
dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mokharuddin bin Mahmad , Penghulu
Mukim Yan.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh
Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi
bin Abdullah, AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah
Yan .
Para dif kehormat dan tetamu jemputan kemudiannya
menikmati jamuan yang melibatkan pelbagai
jenis menu antaranya nasi minyak, ketupat, lemang, rendang, kuih dan biskut
raya, apam balik, pulut mempelam, laksa, ais krim dan rojak serta pelbagai
jenis minuman sambil dihiburkan dengan pelbagai lagu raya oleh kumpulan
penghibur jemputan.
Sebanyak 15 buah kaunter menu disediakan antaranya oleh
Ahli-ahli Majlis Daerah Yan, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Kelab Sukan
dan Kebajikan PDTY serta Kelab Sukan dan Kebajikan MDY.
Majlis Jamuan kemudian diteruskan dengan sesi penyampaian
duit raya kepada anak - anak yang hadir dan disusuli dengan penyampaian hadiah
- hadiah bagi busana sedondon kategori keluarga, pasangan dan individu.
Turut serta dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini
ialah YB ADUN Guar Chempedak (YB Dato
Wira Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail), YB ADUN Sungai Limau (Ustaz Mohd Azam bin Abdul
Samat), Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Amila Binti Ahmad),
Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi,
BCK.), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)/ Setiausaha Majlis Daerah
Yan (Encik Mohd Akmal Bin Azimi), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) (Encik
Mohammad Afifi Bin Mohammad), Ketua ketua Jabatan / Agensi Daerah Yan, Ahli-ahli Majlis Majlis Daerah
Yan, Penghulu-penghulu Mukim, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan
serta Majlis Daerah Yan, Ahli-ahli Jawatankuasa serta para warga PUSPANITA
Cawangan Kecil Daerah Yan bersama semua keluarga masing - masing.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah
terlibat membantu memastikan kelancaran program dan hadir menjayakan majlis
yang sangat meriah dan sangat bermakna ini.
#PUSPANITAYan
#40tahunPUSPANITA
#KeluargaPUSPANITA
#KASIHWanita
#puspanitadaerahyan