19.9.23

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐒𝐄𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟑

𝟏𝟗 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍)

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐒𝐄𝐑𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟑

Pertandingan Sukan Tradisional Congkak dan Batu Seremban Sempena Pesta Buku Kedah 2023 anjuran  Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) dengan kerjasama PUSPANITA Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah diadakan di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Alor Setar, Kedah pada jam 8.30 pagi.

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan turut mengambil bahagian dalam pertandingan sukan tradisional congkak dan batu seremban. Dalam pertandingan ini, Kumpulan Congkak PUSPANITA Yan telah berjaya ke peringkat akhir yang akan diadakan di Village Mall, Sungai Petani pada 29 September 2023 ini manakala Kumpulan Batu Seremban PUSPANITA Yan kurang bernasib baik untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang telah menyertai pertandingan ini dan berjaya memberi saingan hebat kepada semua pasukan yang bertanding.

*“WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”*