TINTA PENGERUSI
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.r.t
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke
hadrat Ilahi atas limpah rahmat dan izin-Nya laman web PUSPANITA daerah Yan
dapat direalisasikan.
Terlebih dahulu saya inginmerakamkan setingi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua ahli PUSPANITA daerah Yan yang begitu kasih
kepada persatuan ini. Sesungguhnya, saya berkeyakinan bahawa peranan persatuan
ini sentiasa relevan dan penting sebagai persatuan kebajikan yang dapat
menyatukan golongan suri dan penjawat awam wanita.
Persatuan yang dianggap aksesori ini dapat mempertemukan wanita
untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan meningkatkan peranan mereka
dalam melakukan kebajikan sesuai dengan fitrah wanita itu sendiri yang sifatnya
lemah lembut. Selaras dengan motto “Wanita Sepakat Negara Meningkat” , saya
menyeru agar ahli-ahli PUSPANITA Daerah ini sentiasa berlapang dada dalam
melaksanakan peranan masing-masing.
Apabila berdepan dengan sebarang masalah, kita harus sama-sama
menyelesaikannya ibarat aur dengan tebing dan mengutamakan sikap muafakat
kerana muafakat membawa berkat.
Akhir kalam, saya berharap semua ahli persatuan ini sentiasa
menjaga keharmonian dan seronok menjalankan peranan yang diberi. Semoga
Allah sentiasa memudahkan urusan kita.
Sekian, terima kasih.
PUAN AMILA BINTI AHMAD
Pengerusi
PUSPANITA DAERAH YAN