15.3.22

PROGRAM STRATEGI PENGURUSAN KESIHATAN DAN KURUS SECARA HOLISTIK

15 MAC 2022 (SELASA)

- PROGRAM STRATEGI PENGURUSAN KESIHATAN DAN KURUS SECARA HOLISTIK

- Jom Kurus Untuk Sihat;

Program anjuran Biro Sukan dan Rekreasi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dengan kerjasama Poliklinik Harmoni, Yan ini telah diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi zoom meeting pada jam 9.00 malam bertempat di kediaman masing-masing.

Ia dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara program dan seterusnya disusuli oleh penceramah jemputan iaitu Dr. Abdul Hafiz dari Poliklinik Harmoni, Yan.

Beliau mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan semua peserta yang mengikuti secara atas talian dan seterusnya memperkenalkan penceramah yang diundang khas dari Johor Bahru, Johor iaitu Dr. Adibah Alawiah yang berkongsi ilmu dan pengalaman beliau berkaitan kepentingan pengurusan berat badan dan kesan apabila tidak menjaga berat badan ideal.

Selain itu, beliau turut berkongsi testimoni oleh beberapa peserta program sebelum ini yang telah berjaya menurunkan berat badan sekaligus memperolehi berat badan ideal dan dapat mengatasi masalah kesihatan apabila mengikuti program tersebut. Perkongsian testimoni tersebut sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada para peserta untuk turut sama-sama menyertai program yang sangat bermanfaat ini.

Program kemudiannya diteruskan dengan sesi soal jawab antara para peserta bersama penceramah jemputan berhubung pengurusan berat badan dan lain-lain masalah berkaitan yang dihadapi oleh para peserta.

Program ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi  PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr Abdul Hafiz, Dr. Adibah Alawiah dan kepada semua peserta yang menyertai dan menjayakan program pada malam ini secara maya.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah atas penganjuran program yang sangat berfaedah seperti ini dan berharap agar kerjasama erat dan komitmen tinggi ini diteruskan dalam merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program bagi tahun 2022 ini.

Selain itu, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Wanita 2022 yang bertemakan Saksama Bersama kepada semua peserta program.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta khususnya kepimpinan tertinggi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, para ahli PUSPANITA Cawangan - cawangan Kecil Daerah Yan, Bandar Baharu dan Padang Terap yang turut sama-sama menyertai dan memeriahkan program ini.

#kitajagakita

#lindungdirilindungsemua

#puspanitadaerahyan