19.4.22

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗖𝗦𝗥 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 @ 𝗚𝗨𝗔𝗥 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔

 𝟭𝟵 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗦𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔)

- Program CSR Ramadhan @ Guar Utama telah diadakan pada jam 5.15 petang di Kompleks Perniagaan Guar Utama, Guar Chempedak, Yan, Kedah dengan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.


Seperti tahun - tahun sebelum ini, pihak pengurusan Kompleks Perniagaan Guar Utama sekali lagi pada tahun ini berkesempatan untuk menganjurkan Program CSR Ramadhan di Kompleks tersebut.

Ia melibatkan penyerahan barangan dapur kepada warga emas dan orang kelainan upaya terpilih dari Daerah Yan yang keseluruhannya berjumlah 78 orang penerima.

Majlis Penyerahan Barangan Dapur tersebut telah disempurnakan oleh Puan Amila Binti Ahmad, isteri Tuan Pegawai Daerah Yan / Tuan YDP Majlis Daerah Yan (MDY) yang juga Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Turut hadir dalam program ringkas dengan pematuhan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK. yang juga Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Puan Siti Nadhirah Binti Roselan (Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan) dan Puan Affify Shuhada Binti Abdul Razak iaitu wakil pengurusan Kompleks Perniagaan Guar Utama.

Semoga sumbangan ini diharap dapat meringankan beban para penerima dalam menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan ini di samping membantu mereka membuat persiapan dan persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pengurusan Kompleks Perniagaan Guar Utama atas penganjuran program yang sangat bermanfaat seperti ini untuk membantu mereka yang memerlukan.

#saksamabersama
#patuhisop
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#puspanitadaerahyan