19.4.22

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐑𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍, 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍

 𝟭𝟗 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)

- Program Bubur Lambuk Dan Iftar Bersama Para Warga Kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Yan (PDTY), Majlis Daerah Yan (MDY) serta PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan ini diadakan bermula pada sebelah pagi bertempat di ruang parkir, Pejabat Daerah dan Tanah Yan.
Program memasak dan mengagih bubur lambuk ini sememangnya amat sinonim dengan budaya masyarakat di Malaysia terutamanya semasa menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang mulia.
Justeru, para warga kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan serta PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan turut tidak ketinggalan untuk memeriahkan sambutan bulan Ramadan ini dengan bergotong - royong menyediakan bubur lambuk untuk menu juadah berbuka puasa.
Persiapan awal dan rapi telah dilakukan dan diketuai oleh Encik Ahmad Fisal bin Md Thahir dan Encik Mohamad Radzi bin Mokhtar. Mereka turut dibantu oleh para warga kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan serta PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan bagi sama-sama menyumbangkan masa, tenaga dan keringat untuk menjayakan program yang sangat bermakna ini.
Program ini turut disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.], Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Amila binti Ahmad], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha MDY [Encik Mohd Akmal bin Azimi], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.], para warga kerja PDTY dan MDY serta PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua MDY merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Yan, diiringi Puan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan telah meluangkan masa untuk mengagihkan sendiri bubur lambuk yang disediakan untuk diagihkan kepada beberapa jabatan / agensi di sekitar Daerah Yan serta masyarakat setempat.
Selain itu, bubur lambuk berkenaan juga turut diagihkan kepada semua warga kerja PDTY, MDY serta PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang telah bertungkus lumus menyumbang masa dan tenaga dalam menjayakan program pada hari ini.
Selesai program memasak dan agihan bubur lambuk tersebut, program diteruskan lagi dengan aktiviti seterusnya iaitu Majlis Iftar Bersama Para Warga Kerja Pejabat Daerah Dan Tanah Yan dan Majlis Daerah Yan serta keluarga.
Majlis ini berlangsung bermula jam 7.00 malam bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Yan.
Antara juadah yang disediakan termasuklah gulai daging batang pisang istimewa, ayam panggang, buah - buahan dan kuih - muih.
Semoga program bermanfaat seumpama ini diharap
dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim dan semangat serta budaya kerja berpasukan sesama para warga pelbagai jabatan yang terlibat.
Semoga usaha murni dan kerjasama erat ini mendapat keberkatan dan rahmat yang berpanjangan dari Ilahi.
Tahniah dan terima kasih untuk seluruh warga dan keluarga Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.