27.4.22

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗜𝗛𝗬𝗔' 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟯𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟮𝗠 (𝗜𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗥𝗔𝗪𝗜𝗛) 𝗣𝗨𝗦𝗣𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗟 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡

𝟮𝟳 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗥𝗔𝗕𝗨)

- Program Ihya' Ramadhan 1443H / 2022M (Iftar Dan Tarawih) PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan Sempena Ramadhan 1443H / 2022M ini diadakan bermula jam 6.30 petang bertempat di Masjid Jamek Badlishah, Pekan Yan dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.
Program dimulakan dengan bacaan tahlil dan disusuli dengan Majlis Iftar di Dewan Jamuan, Masjid Jamek Badlishah, Pekan Yan dan seterusnya diikuti dengan solat Maghrib berjemaah.
Selepas selesainya solat Maghrib berjemaah, para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan kemudiannya bergerak ke Masjid Abdul Rahman Putra Al-Haj, Yan Kechil bagi menunaikan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah.
Program ini turut disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.], Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Amila binti Ahmad], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Yan [Encik Mohd Akmal bin Azimi], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.], Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) [Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad], Pengarah JITU Negeri Kedah [Puan Balkhis binti Abu Bakar, AMK.,BCK.], Penghulu-penghulu Mukim, Puan Setiausaha dan Bendahari serta ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
Semoga program bermanfaat seumpama ini diharap dapat menyemarakkan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini di samping mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim sesama para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
Didoakan agar kita semua dapat berkumpul dan bertemu lagi dalam pelbagai program dan aktiviti sempena Ihya' Ramadhan pada masa hadapan.
SALAM RAMADHAN 1443H / 2022M