10.5.22

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟑𝐇 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍

 𝟏𝟎 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟐 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)

- 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟑𝐇 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍

Mesyuarat ini diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan Pengerusi dan diteruskan dengan pembentangan  mengenai Aturcara Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Yan  yang dijangka akan diadakan di Dewan Serbaguna Guar Chempedak pada 22 Mei 2022 bersamaan 20 Syawal 1443H.

Beberapa jawatankuasa kecil  turut dibentuk dan dianggotai oleh para pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan bagi memastikan kelancaran program berkenaan.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) Yan / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Yan / Setiausaha Majlis Daerah Yan, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) Yan, para Penghulu Mukim, para Ketua Jabatan / Bahagian / Unit serta urus setia dari Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan serta Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

 

#kitajagakita

#staysafe

#stayhome

#lindungdirilindungsemua

#kedahsejahteranikmatuntuksemua

#puspanitadaerahyan