22.5.22

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1443H / 2022 PEJABAT DAERAH DAN TANAH YAN, MAJLIS DAERAH YAN & PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH YAN

 22 MEI 2022 (AHAD)

- MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1443H / 2022 PEJABAT DAERAH DAN TANAH YAN, MAJLIS DAERAH YAN & PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH YAN
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443 / 2022 Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan telah berlangsung di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Yan, Kedah Darul Aman pada jam 8.00 malam.
Majlis dimulakan dengan aluan Pengacara Majlis dan disusuli dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Muhd Zaki b Ismail, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Yan .
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan .
Majlis kemudiannya disusuli dengan sesi penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada Dr Siti Rohana Binti Ahmad, Pegawai Kesihatan Daerah Yan / Ahli Majlis (ex officio) Majlis Daerah Yan (penggal 2022 - 2023) yang bertukar ke Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mulai Isnin 23 Mei 2022.
Majlis ini juga turut meraikan Encik Mohamad Saad Bin Dahaman, bekas kakitangan Majlis Daerah Yan yang telah bersara baru - baru ini setelah berkhidmat selama 31 tahun 1 bulan 14 hari sebagai pemandu kenderaan H14.
Beliau turut menerima sijil penghargaan dan cenderamata yang disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan.
Aturcara majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi bergambar para dif kehormat bersama para Ahli Majlis MDY, warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan.
Para dif kehormat dan tetamu jemputan kemudiannya menikmati jamuan yang melibatkan pelbagai jenis menu antaranya ketupat, lemang, rendang, kuih dan biskut raya, pasembor, apam balik, pulut mempelam dan rojak.
Sebanyak 20 buah kaunter menu disediakan antaranya oleh PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Kelab Sukan dan Kebajikan PDTY serta Kelab Sukan dan Kebajikan MDY.
Majlis jamuan kemudian diteruskan dengan sesi penyampaian duit raya kepada anak - anak yang hadir dan disusuli dengan ucapan khas oleh YB Ahli Parlimen Jerai sebelum majlis bersurai pada jam 10.30 malam.
Turut serta dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini ialah YB Ahli Parlimen Jerai (Ustaz Sabri bin Azit), YB ADUN Guar Chempedak (YB Dato Wira Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail), YB ADUN Sungai Limau (Ustaz Mohd Azam bin Abdul Samat), Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Amila Binti Ahmad), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)/ Setiausaha Majlis Daerah Yan (Encik Mohd Akmal Bin Azimi), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) (Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad), Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Yan, Penghulu-penghulu Mukim, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan, Ahli-ahli Jawatankuasa serta para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan bersama semua keluarga masing - masing.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat membantu kelancaran program dan hadir menjayakan majlis yang sangat meriah dan bermakna ini.