5.6.22

BENGKEL KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN TABIKA DAN TASKA KEMAS DAERAH YAN / PARLIMEN JERAI BAGI TAHUN 2022

 05 JUN 2022 (AHAD)

- BENGKEL KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN TABIKA DAN TASKA KEMAS DAERAH YAN / PARLIMEN JERAI BAGI TAHUN 2022
Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika dan Taska Kemas Daerah Yan / Parlimen Jerai bagi tahun 2022 ini diadakan bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka, Masjid Sultanah Haminah, Kampung Dulang Kechil,Yan, Kedah.
Program Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS iaitu TABIKA dan Taska bukan sahaja berfungsi memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak tetapi juga memainkan peranan penting untuk membina hubungan yang erat dengan ibu bapa atau penjaga. Oleh itu,hubungan ini amat perlu bagi memastikan wujud kesinambungan pendidikan di TABIKA/TASKA di rumah.
Program ini dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Mengurus Emosi Anak-anak Suatu Kewajipan yang telah disampaikan oleh Ustazah Zanariah binti Mohd Kasim .
Ia kemudiannya disusuli dengan ceramah Hand,Foot & Mouth Disease (HFMD) yang disampaikan oleh Dr Shahrul Izzat bin Mat Akhir, Pegawai Perubatan Epidemiologi, Pejabat Kesihatan Daerah Yan.
Slot yang terakhir iaitu ceramah Pendidikan Pemakanan Kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun telah disampaikan oleh Puan Nur Ilhami binti Mat Isa, Pegawai Sains dan Pemakanan,Pejabat Kesihatan Daerah Yan.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.] dan dihadiri oleh para ibu bapa / waris seramai 100 orang dari DUN Sungai Limau manakala PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan diwakili oleh Setiausaha, Puan Siti Nadhirah binti Roselan dan Puan Nur Aida binti Rosli.
Tuan Pegawai Daerah Yan turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Masakan Berasaskan Bijirin sempena program ini yang melibatkan para ibu / waris serta cenderamata kepada para penceramah jemputan.
Semoga program bermanfaat seumpama ini diharap dapat meningkatkan kefahaman ibu bapa / waris mengenai peranan dan tanggungjawab ibu bapa / waris terhadap aspek emosi, kesihatan dan pemakanan anak-anak agar sentiasa seimbang dari pelbagai sudut mental dan fizikal demi perkembangan minda dan tumbesaran mereka.
Tahniah dan terima kasih kepada Pejabat KEMAS Daerah Yan atas kelancaran dan kejayaan penganjuran program yang sangat berfaedah seperti ini.