23.6.22

MAJLIS MINUM PETANG BERSAMA YANG MAHA MULIA HAJAH HAMINAH BINTI HAJI HAMIDUN, CHE PUAN BESAR KEDAH

 23 JUN 2022 (KHAMIS)

- Majlis Minum Petang Bersama Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah ini diadakan pada jam 3.30 petang bertempat di Ruat, Tg Jaga, Yan, Kedah.

Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah telah berbesar hati menjemput Tuan Pegawai Daerah Yan serta para warga kerja pentadbiran Daerah Yan untuk hadir bagi menikmati keenakan buah - buahan tempatan yang ada di dusun berkenaan.
Majlis ringkas dan santai ini turut dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK.,BCK.],
Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Yan [Encik Mohd Akmal Bin Azimi], Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) [Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad], Penghulu - Penghulu Mukim Daerah Yan, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan serta para Ahli Jawatankuasa dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar kenang - kenangan bersama Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah.
Seluruh warga kerja Pentadbiran Daerah Yan dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan menjunjung kasih kepada Yang Maha Mulia Hajah Haminah binti Haji Hamidun , Che Puan Besar Kedah atas kesudian menjemput para warga pentadbiran Daerah Yan dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan ke Majlis Minum Petang tersebut.