29.6.22

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (PT PAGI) POLIS BERSAMA MASYARAKAT (PERTANDINGAN TARIK TALI LELAKI DAN SUKANEKA BERKUMPULAN WANITA) ANJURAN IPD YAN

 29 JUN 2022 (RABU)

- Program Gaya Hidup Sihat (PT Pagi) Polis Bersama Masyarakat (Pertandingan Tarik Tali Lelaki dan Sukaneka Berkumpulan Wanita) Anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Yan telah berlangsung bermula jam 9.00 pagi bertempat di Padang Bola Sepak IPD Yan, Kedah.
Pasukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan turut tidak melepaskan peluang menyertai acara sukaneka berkumpulan wanita yang melibatkan lima permainan iaitu Belon Beracun, Ikatan Kasih, Jalan Pening, Boling Kelapa dan Timbang Tepung.
Antara jabatan / agensi yang turut menyertai pertandingan tersebut termasuklah Bomba dan Penyelamat Daerah Yan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Yan dan RELA Daerah Yan.
Pasukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan telah berjaya menjadi Johan keseluruhan bagi Pertandingan Sukaneka Berkumpulan Wanita tersebut manakala Naib Johan pula disandang oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Yan.
Pingat dan Piala Pusingan Ketua Polis Daerah Yan kepada Johan dan Naib Johan telah disampaikan oleh ASP Nor Izwan bin Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, IPD Yan dan Inspektor Masnini binti Md. Daud, Inspektor Siasatan Perundangan, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Yan
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan atas kejayaan menjuarai Pertandingan Sukaneka Berkumpulan Wanita tersebut serta semua jabatan / agensi Daerah Yan yang menyertai program pada hari ini.
Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Yan selaku penganjur dan para urus setia program dari IPD Yan atas segala komitmen tinggi dan kerjasama padu yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran program yang sangat bermanfaat seperti ini.
Semoga program seumpama ini dapat mengukuhkan ikatan silaturahim di samping memupuk kerjasama erat antara pelbagai jabatan / agensi bersama masyarakat.

TAHNIAH & TERBAIK PUSPANITA YAN!!!