14.6.22

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN (MAP) PUSPANITA KALI KE 40

 14 JUN 2022 (SELASA)

- Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) PUSPANITA Kali Ke - 40 ini telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Jun 2022 bertempat di Dewan De' Seri Indon,PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya.
Yang Dipertua PUSPANITA , YBhg. Puan Sri To’ Puan Seri Norizam Binti Che Mohd Nor telah mempengerusikan Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) Kali Ke-40 ini dan Majlis Perasmian Penutupan MAP ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali.
PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah yang diketuai oleh Pengerusi, YBhg. Datin Paduka Hariyanti binti Amit telah menghantar seramai 8 orang perwakilan, 3 orang pemerhati dan 3 orang simpanan.
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Puan Amila Binti Ahmad telah berjaya menerima Anugerah Ahli PUSPANITA Cemerlang Peringkat Cawangan berupa Sijil Penghargaan dan wang tunai yang disampaikan oleh YBhg. Puan Sri To' Puan Seri Norizam Binti Che Mohd Nor selaku Yang Dipertua PUSPANITA Kebangsaan.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan merakamkan setinggi - tinggi ucapan tahniah kepada Puan Amila binti Ahmad atas kejayaan sebagai penerima Anugerah Ahli PUSPANITA Cemerlang Peringkat Cawangan ini.
Semoga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dan Cawangan Negeri Kedah akan terus berjaya dan cemerlang pada masa hadapan.