16.6.22

PERTANDINGAN BATU SEREMBAN SEMPENA KEJOHANAN SUKAN PBT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

16 JUN 2022 (KHAMIS)

- Pertandingan Batu Seremban Sempena Kejohanan Sukan PBT Negeri Kedah Tahun 2022 ini telah berlangsung bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Yan, Kedah.

Majlis Daerah Yan telah dipilih sebagai tuan rumah bagi pertandingan ini yang melibatkan 12 pasukan dari seluruh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah.

Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) berjaya merangkul tempat pertama, diikuti oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di tempat kedua manakala tempat ketiga disandang oleh Majlis Perbandaran Kulim (MPKK).

Tuan Pegawai Daerah Yan / Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan (MDY) merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. turut berkesempatan hadir menyaksikan pertandingan berkenaan pada sessi pagi dan turut memberi sokongan padu kepada pasukan tuan rumah iaitu Majlis Daerah Yan yang juga dibarisi oleh para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Walaupun tidak dapat meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya, namun pasukan Majlis Daerah Yan telah berjaya mempamerkan persembahan yang menakjubkan di samping memberi saingan sengit kepada pasukan - pasukan lawan dalam Kumpulan C iaitu Majlis Daerah Baling (MDB) dan Majlis Perbandaran Langkawi (MPL).

Hadiah - hadiah kepada pasukan johan (MPKP), naib johan (MBAS) dan tempat ketiga (MPKK) telah disampaikan oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK, Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan (MDY) merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dan Puan Norhasteza Binti Bahdun, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (KPSU), Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) Pejabat SUK Negeri Kedah.

Setinggi - tinggi tahniah diucapkan kepada ketiga - tiga pasukan iaitu dari MPKP, MBAS dan MPKK atas kejayaan yang diperolehi dalam pertandingan ini serta semua pasukan dari seluruh PBT Negeri Kedah yang bertanding pada hari ini.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat SUK Kedah yang telah memilih Majlis Daerah Yan sebagai tuan rumah pertandingan batu seremban ini serta terima kasih kepada semua pihak dan urus setia yang bertungkus lumus terlibat dalam membantu persiapan dan kelancaran penganjuran Pertandingan Batu Seremban di Daerah Yan - Daerah Pelancongan Desa ini.

Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada para urus setia dari PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan atas segala komitmen tinggi dan kerjasama padu yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran Pertandingan Batu Seremban ini.

#saksamabersama 
#patuhisop
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#puspanitadaerahyan
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1hNKcuWTjfWStVDlEzaalAeJbq3gZDf45https://drive.google.com/uc?export=view&id=1K-80TYqa-okSDMl8S5TJvoQYVDQhp9Kfhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1L0rzCpMheLnYhg4kg-K5q2P-LGuTVSCuhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1ipjcnhUQdP9VW24lDVpSQuRSQzWxZN_chttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1uaOOX9uKGNEUYknBnpJULV2WQ4RtKUGVhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1oCVjs53T0juFPiRd4wDPTRDkTCO0G2Bqhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1YyvZiTShcspKtdNGJWjj1-rkBN_bUH2Ghttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1C6G7LOA2avrz0TOqYqtBaL_8ZNafZou7https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Kd0Xz2194KvFj8pBPHtptPIFUg4sghrchttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1E48P3JxeRZhSpuJd-LW6PDF8zb4FHvOc
https://drive.google.com/uc?export=view&id=12SM_tD5omTw8g4bou-8Cg8rnbaFSM40jhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1OA0iUwOayXIocHnUfyqrRcoJU-DVAQothttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1Su_dmw1U-6edJc6P9Jks1ZBTzrzNMhMGhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1eHf6FplPkfbvD_QAuUub76ejP1MvjlTJhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1fqHvoIv1lNrnJ2IGih8AvFfJwzgKOXC_https://drive.google.com/uc?export=view&id=1QacjO0avULk2RM0URPaoU0Xq5Eu0eozYhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1pPDwDGzqE41Dpg1dfWtia1l_iiYkhu1Rhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1w9D0hNnpVxuqyL2paN-Z-Kawew0Znxu4https://drive.google.com/uc?export=view&id=1HOTGuLWwCkVVXeeFnD3MIAQ4EGLuFo_zhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1OqPqswh7qjJz6Br-VRuy4eO5A6V8L6mD