5.7.22

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝐃𝐀𝐑𝐓 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗕𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮

04 JULAI 2022 (ISNIN)

- Pertandingan Dart Sempena Kejohanan Sukan PBT Negeri Kedah Tahun 2022 ini telah diadakan pada 4 Julai 2022 bermula jam 8.30 pagi bertempat di Institut Pengurusan Peladang, Langkawi, Kedah yang melibatkan 12 pasukan dari seluruh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah.

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) berjaya merangkul tempat pertama, diikuti oleh Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) di tempat kedua manakala tempat ketiga disandang oleh Majlis Daerah Yan (MDY).

Hadiah - hadiah kepada pasukan johan (MBAS), naib johan (MPKK) dan tempat ketiga (MDY) telah disampaikan oleh Tuan Hamizie Bin Ibrahim, BCK., Setiausaha Majlis Perbandaran Langkawi (MPL).

Pasukan Dart MDY turut dianggotai oleh tiga (3) orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan iaitu Nur Izzati binti Mohd Sabri, Hasmiza binti Aziz dan Nurul Huda binti Dziaudin.

Setinggi - tinggi tahniah diucapkan kepada ketiga - tiga pasukan iaitu dari MBAS, MPKK dan MDY serta PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan atas kejayaan yang diperolehi dalam pertandingan ini serta semua pasukan dari seluruh PBT Negeri Kedah yang bertanding pada hari ini.

#kitajagakita
#lindungdirilindungsemua
#puspanitayan