30.6.22

CERAMAH BIDADARI BE EXTRA ORDINARY - ENERGY MEMBINA ANAK-ANAK, IBU YANG POWER DAN JANGAN BISU LISAN

30 JUN 2022 (KHAMIS)

- Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama PUSPANITA PTG Negeri Kedah dan PUSPANITA JPN Negeri Kedah telah menganjurkan Ceramah Bidadari Be Extra Ordinary - Energy Membina Anak-anak, Ibu Yang Power dan Jangan Bisu Lisan yang disampaikan oleh YBhg. Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati Binti Syed Ismail pada 30 Jun 2022 (Khamis) bertempat di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.

Program ini terbuka kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan warga kerja jabatan dengan anggaran kehadiran seramai 150 orang peserta.

Program ini juga boleh ditonton secara live di Facebook PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah.
 
Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustazah Khairiah Binti Harun dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dan seterusnya ucapan aluan Pengerusi Biro Pendidikan Dan Pembangunan Keluarga PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim Binti Mohd Razalli.

Turut hadir ke program ini adalah Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Paduka Hariyanti binti Amit.

Seramai lima (5) orang wakil PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan turut menghadiri program tersebut yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari.

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Biro Pendidikan Dan Pembangunan Keluarga PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, PUSPANITA PTG Negeri Kedah dan PUSPANITA JPN Negeri Kedah atas penganjuran program yang sangat penting dan bermanfaat seperti ini.

 
#kitajagakita
#lindungdirilindungsemua
#puspanitayan