17.7.22

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BILANGAN 6 SESI 2021-2023

14 JULAI 2022 (KHAMIS)

- Mesyuarat ini telah diadakan bermula jam 3.00 petang bertempat di The Jerai Hill Resort, Puncak Gunung Jerai, Yan, Kedah dan dipengerusikan oleh YBhg. Datin Paduka Hariyanti Binti Amit, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Ia dimulakan dengan aluan YBhg. Datin Paduka Pengerusi dan diikuti dengan pengesahan minit mesyuarat lalu (Bilangan 5 Sesi 2021-2023), perbincangan perkara - perkara berbangkit dan perkara - perkara baharu.

Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pembentangan perancangan program oleh PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, Biro - Biro PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah dan PUSPANITA Jabatan di Negeri Kedah.

Ia kemudiannya disusuli dengan pembentangan Laporan Kewangan, agenda hal - hal lain dan penangguhan mesyuarat serta sesi bergambar.

Puan Amila binti Ahmad selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan telah menghadiri mesyuarat ini.

Beliau turut menerima Geran Tahunan dan Cek Wakalah Zakat PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah untuk PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang disampaikan oleh YBhg. Datin Paduka Hariyanti Binti Amit, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ahli-ahli Jawatankuasa dan Biro - Biro PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, para Pengerusi / wakil PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah serta PUSPANITA Jabatan di Negeri Kedah.