29.7.22

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (PT PAGI) POLIS BERSAMA MASYARAKAT (PERTANDINGAN BOLA TAMPAR)

27 JULAI 2022 (RABU)

-Program Gaya Hidup Sihat (PT Pagi) Polis Bersama Masyarakat (Pertandingan Bola Tampar) Anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Yan telah berlangsung bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Dato' Zamri, IPD Yan, Kedah.

Pasukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan turut tidak melepaskan peluang menyertai acara bola tampar dengan menghantar 2 pasukan iaitu dari PUSPANITA Majlis Daerah Yan dan PUSPANITA Pejabat Daerah dan Tanah Yan.
Antara lain - lain jabatan / agensi yang turut menyertai pertandingan tersebut termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Yan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Yan, Hospital Daerah Yan dan juga 2 pasukan tuan rumah iaitu Pasukan PDRM A dan B.

Pasukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dari Majlis Daerah Yan telah berjaya merangkul Naib Johan bagi Pertandingan Bola Tampar (Kategori Wanita) tersebut manakala Johan pula disandang oleh Pasukan Hospital Daerah Yan.

Pingat dan Piala Pusingan Ketua Polis Daerah Yan kepada Johan dan Naib Johan telah disampaikan oleh ASP Zul Hairi bin Hamzah, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Yan dan Insp Musa b. Rabien, ICKD Cawangan Khas IPD Yan. Program ini juga turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah di akhir program.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dari Majlis Daerah Yan atas kejayaan merangkul Naib Johan Pertandingan Bola Tampar (Kategori Wanita) tersebut serta setinggi - tinggi terima kasih kepada  PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dari Pejabat Daerah dan Tanah Yan atas penyertaan dalam pertandingan tersebut.

Sekalung penghargaan juga dirakamkan kepada semua jabatan / agensi Daerah Yan yang menyertai program pada hari ini.

Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Yan selaku penganjur dan para urus setia program dari IPD Yan atas segala kerjasama padu yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran program yang sangat bermanfaat seperti ini.

Semoga program seumpama ini dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim di samping memupuk kerjasama erat antara pelbagai jabatan / agensi bersama masyarakat.

TAHNIAH & TERBAIK PUSPANITA YAN!!!

#kitajagakita
#lindungdirilindungsemua
#puspanitayan