28.7.22

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗬𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 JERAI GEOPARK BERSAMA PARA 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡, PUSPANITA CAWANGAN KECIL DERAH YAN DAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH YAN

𝟮𝟴 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗞𝗛𝗔𝗠𝗜𝗦)

- Program Kayuhan Santai Jerai Geopark Bersama Para Ahli Majlis Dan Warga Kerja Majlis Daerah Yan dan Pejabat Daerah dan Tanah Yan  ini telah diadakan pada 28 Julai 2022 (Khamis) jam 8.30 pagi bertempat di Dataran Kaki Gunung Jerai.

Program Kayuhan Santai ini juga turut disertai oleh  para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan bersama Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK . 

Turut serta dalam program ini ialah Puan Noorul Azzyati Binti Ahmad Salmi, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dan Tuan Mohd Akmal bin Azimi, KPPD (Pembangunan) / Setiausaha MDY.

Aktiviti kayuhan basikal ini bermula dari Dataran  Kaki Gunung Jerai dan berakhir di Peranginan Seri Perigi melibatkan jarak sejauh 10 km.

Aktiviti dimulakan dengan senaman regangan dan taklimat laluan perjalanan kayuhan basikal dan disusuli dengan acara pelepasan kayuhan oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Aktiviti ini juga telah melibatkan seramai 35 orang warga kerja MDY dan PDTY bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara para warga kerja MDY dan MDY serta para Ahli Majlis MDY.

Selain itu, program ini bertujuan meningkatkan kecergasan dan kesihatan dalam mengamalkan budaya hidup yang aktif dan sihat. 

Kayuhan santai ini telah  menyusuri laluan perjalanan yang menyeronokkan di mana para peserta dapat menikmati keindahan alam semula jadi, merasai suasana kampung serta tempat riadah dan pelancongan menarik di Daerah Yan.

Titik penamat kayuhan santai ini yang berakhir di Peranginan Seri Perigi menjadi destinasi bagi para peserta untuk berehat, bersantai dan bergambar kenangan sambil menikmati jamuan makan tengah hari berlatarbelakang Air Terjun Seri Perigi yang unik, indah dan nyaman yang merupakan antara destinasi pelancongan menarik yang terdapat di Jerai Geopark.

#keluargamalaysia
#kitajagakita
#lindungdirilindungsemua