24.8.22

KARNIVAL SUKAN POLIS BERSAMA AGENSI / KRT DAERAH YAN 2022 - PIALA KETUA POLIS DAERAH YAN KEDAH (PERTANDINGAN LIGA SEPAK PENALTI WANITA)

 24 OGOS 2022 (RABU)

- Karnival Sukan Polis Bersama Agensi/ KRT Daerah Yan 2022- Piala Ketua Polis Daerah Yan Kedah (Pertandingan Liga Sepak Penalti Wanita Piala KPD Yan) Anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Yan ini telah berlangsung bermula jam 8.00 pagi bertempat di Padang Bola, IPD Yan, Kedah.

Pasukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan turut tidak melepaskan peluang menyertai Pertandingan Liga Sepak Penalti ini dengan menghantar 2 pasukan iaitu dari PUSPANITA Majlis Daerah Yan dan PUSPANITA Pejabat Daerah dan Tanah Yan.
Antara lain - lain jabatan / agensi yang turut menyertai pertandingan tersebut termasuklah KRT Kg Sg Udang, KRT Kg Permatang Keramat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Yan, Hospital Daerah Yan dan juga 2 pasukan dari tuan rumah iaitu Pasukan IPD Yan A dan B.
Pasukan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dari Majlis Daerah Yan telah berjaya merangkul Johan bagi Pertandingan Liga Sepak Penalti tersebut manakala Naib Johan pula disandang oleh Pasukan Hospital Daerah Yan.
Pingat dan Piala Pusingan Ketua Polis Daerah Yan kepada Johan dan Naib Johan telah disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Yan iaitu Deputi Superintendan Tuan Shahnaz Akhtar bin Haji. Program ini juga turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah di akhir program.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dari Majlis Daerah Yan atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan Pertandingan Liga Sepak Penalti tersebut serta setinggi - tinggi terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dari Pejabat Daerah dan Tanah Yan atas penyertaan dalam pertandingan tersebut.
Sekalung penghargaan juga dirakamkan kepada semua jabatan / agensi Daerah Yan yang menyertai program pada hari ini.
Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Yan selaku penganjur dan para urus setia program dari IPD Yan atas segala kerjasama padu yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran program yang sangat bermanfaat seperti ini.
Semoga program seumpama ini dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim di samping memupuk kerjasama erat antara pelbagai jabatan / agensi bersama masyarakat, khususnya di Daerah Yan.
TAHNIAH & TERBAIK PUSPANITA YAN!!!