28.8.22

PROGRAM BUBUR ASYURA PERDANA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1444H/2022M

 28 OGOS 2022 (AHAD)

- Program Bubur Asyura Perdana Pejabat Daerah dan Tanah Yan dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Majlis Daerah Yan, Ahli Majlis Daerah Yan serta Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pejabat Daerah dan Tanah Yan sempena sambutan Maal Hijrah 1444H / 2022M ini diadakan bermula jam 8.00 pagi bertempat di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Yan.
Acara gotong rotong penyediaan bubur asyura ini dimulakan dengan penyediaan bahan-bahan masakan dan dibahagikan mengikut jabatan yang terlibat iaitu keseluruhannya 5 kawah.
Setelah bertungkus - lumus memasak, sebanyak 500 bekas bubur asyura berjaya disiapkan dan diedarkan kepada jabatan-jabatan dalam Daerah Yan.
Program ini turut disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Yan [Encik Mohd Akmal bin Azimi], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.], Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) [Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad], Penghulu-penghulu Mukim, Ahli-ahli Majlis Daerah Yan, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan & Majlis Daerah Yan serta ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
Semoga program bermanfaat seumpama ini diharap dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim sesama para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan serta semua yang terlibat.
Didoakan agar kita semua dapat berkumpul dan bertemu lagi dalam pelbagai program dan aktiviti bermanfaat seperti ini pada masa hadapan.