2.8.22

PROGRAM SUMBANGAN WAKALAH ZAKAT PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH KEPADA GOLONGAN ASNAF DI DAERAH YAN

31 JULAI 2022 (AHAD)

- PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah pada tahun ini telah memilih 7 buah daerah iaitu Daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kuala Muda, Langkawi, Pendang dan Yan untuk Program Sumbangan Wakalah Zakat Kepada Golongan Asnaf.

Bagi Daerah Yan, seramai lima belas (15) orang penerima iaitu tiga (3) orang penerima dari setiap mukim di Daerah Yan telah dipilih untuk menerima sumbangan tersebut meliputi Mukim Yan, Singkir, Dulang, Sungai Daun dan Sala Besar.

Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah,  YBhg. Datin Paduka Hariyanti Binti Amit dan Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Noor Afza Binti Osman sambil diiringi Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Puan Amila Binti Ahmad dan Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi telah memulakan program sumbangan kepada golongan asnaf ini seawal jam 10.00 pagi dengan menziarahi dan menyantuni tiga (3) orang penerima dari Mukim Singkir di kediaman mereka masing - masing.

Setelah selesai penyampaian sumbangan di Mukim Singkir tersebut, program ini kemudiannya diteruskan pada jam 11.30 pagi di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan yang melibatkan baki seramai dua belas (12) orang lagi penerima dari Mukim Yan, Dulang, Sungai Daun dan Sala Besar.

Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.), Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Siti Nadhirah binti Roselan), Setiausaha Kerja PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah (Puan Zureena binti Ibrahim), Pengerusi Biro Agama dan Kebajikan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan (Puan Basariyah binti Ismail) dan para AJK PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih dirakamkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah kerana telah memilih Daerah Yan untuk program sumbangan wakalah zakat kepada golongan asnaf pada tahun ini.

Sumbangan yang disalurkan oleh PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah ini amat bermakna kepada mereka yang memerlukan dalam membantu meringankan beban para penerima dan keluarga masing - masing.

Semoga usaha murni PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah ini dapat dicontohi oleh pihak - pihak lain dalam membantu insan - insan yang memerlukan.

Pantai Murni lokasi riadah,
Jerai Geopark kebanggaan negeri,
Terima kasih PUSPANITA Kedah,
Sumbangan diberi amat dihargai.

#saksamabersama 
#patuhisop
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#puspanitadaerahyan