11.8.22

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗚𝗢𝗧𝗢𝗡𝗚-𝗥𝗢𝗬𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗨𝗦𝗣𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗟 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡, 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 MDY 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 𝟭𝟰𝟰𝟰𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟮𝗠

𝟭𝟭 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗞𝗛𝗔𝗠𝗜𝗦)

-Program Gotong-Royong Perdana Pejabat Daerah Dan Tanah Yan Bersama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Majlis Daerah Yan Dan Ahli Majlis MDY Sempena Sambutan Maal Hijrah 1444H/2022M ini diadakan bermula jam 8.00 pagi bertempat di dua lokasi iaitu di Pejabat Daerah dan Tanah Yan (perkarangan pejabat dan surau) serta Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Yan.

Program ini melibatkan para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan, para Ahli Majlis MDY serta para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Antara skop kerja yang dilaksanakan ialah mengecat surau, pemotongan rumput, mencuci longkang,sapuan, pembersihan kediaman rasmi serta lain-lain tugas yang berkaitan. 

Semoga dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungam dan kerjasama di antara jabatan dan para warga kerja PDTY, MDY dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan serta meningkatkan kesedaran dari aspek kebersihan ke arah Daerah Yan yang bersih, kemas dan teratur sebagai Daerah Pelancongan Desa.

Turut hadir di dalam program ini ialah Tuan Pegawai Daerah Yan/Yang Dipertua MDY merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.,Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK., Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) [Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad], seluruh AJK PUSPANITA serta para warga kerja PDTY dan MDY.

#kitajagakita
#lindungdirilindungsemua
#puspanitayan