12.9.22

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟.𝟮/𝟮𝟬𝟮𝟮

𝟭𝟮 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡) - Mesyuarat Penyelarasan Program Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Yan Bil.2/2022 ini diadakan pada jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Gerakan , Pejabat Daerah Dan Tanah Yan dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK.,BCK.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan agenda mesyuarat seterusnya iaitu pengesahan Minit Mesyuarat Bil 1/2022 bertarikh 07 Ogos 2022.
Agenda mesyuarat seterusnya ialah pembentangan cadangan program - program sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Tahun 2022 oleh jabatan - jabatan dan agensi - agensi di Daerah Yan.
Program - program yang bakal diadakan ialah :
1. Kayuhan Kembara Merdeka Peringkat Negeri Kedah anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak 2 yang akan diadakan pada 15 September 2022 jam 8.00 pagi melibatkan anggaran jarak sejauh 17 km meliputi Daerah Yan dan Kuala Muda.
2. Program Semarak Merdeka dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Yan Tahun 2022 anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Yan yang akan diadakan pada 15 September 2022 jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak.
Pelbagai aktiviti akan diadakan termasuklah senamrobik, pertandingan mewarna, liga sepak penalti, netball shootout, gubahan pulut kuning dan persembahan patriotik oleh para pelajar dan murid dari empat buah sekolah dari Daerah Yan.
3. Program Merdeka @ Parlimen Jerai : Sambutan Hari Malaysia Daerah Yan anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Yan dan Pejabat YB Ahli Parlimen Jerai akan turut diadakan pada 15 September 2022 bertempat di beberapa lokasi terpilih dan kemuncak acara di Pantai Murni Waterfront. Pelbagai acara akan diadakan iaitu Merdeka Tour Rakan Masjid, tausiyah, persembahan qasidah, persembahan kebudayaan, dan deklamasi puisi.
Di samping itu, pelbagai hadiah yang menarik ditawarkan untuk acara cabutan bertuah termasuk hadiah utama iaitu pakej umrah dan 2 buah motosikal.
4. Seterusnya, pada 23 September 2022, Pejabat ADUN Guar Chempedak dan Pengakap Daerah Yan akan menganjurkan Kayuhan Muhibah ADUN Guar Chempedak dan Pengakap Yan bertempat di Dataran Pusat Khidmat ADUN Guar Chempedak melibatkan anggaran jarak 10km dan 25km.
Mesyuarat tersebut kemudiannya disusuli dengan agenda hal-hal lain dan diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Tuan Pengerusi.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil dari Pejabat ADUN Guar Chempedak, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) Yan, Pegawai Agama Daerah Yan , Pengarah Hospital Yan, Pegawai Penerangan Daerah Yan, Pegawai Perpaduan Daerah Yan, Pegawai KEMAS Daerah Yan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak 2, wakil Pengerusi Majlis Belia Daerah Yan, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, wakil Ketua Polis Daerah Yan, wakil Ketua Polis Daerah Kuala Muda, wakil Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, wakil Pegawai Kesihatan Daerah Yan, wakil JPS Daerah Kota Setar / Yan / Pendang, wakil YDP Majlis Daerah Yan, wakil JKR Daerah Yan, wakil UniSHAMS, wakil Belia 4B Jerai, Setiausaha Puspanita Cawangan Kecil Daerah YAN, Penolong Pegawai Tadbir PDTY dan urus setia mesyuarat dari Pejabat Daerah dan Tanah Yan.

#puspanitadaerahyan