1.9.22

MAJLIS PERASMIAN PEMBANGUNAN BERINTEGRASI PUSAT BEKALAN GAS DAN LOJI JANAKUASA PULAU BUNTING, DAERAH YAN, KEDAH DARUL AMAN

 01 SEPTEMBER 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗞𝗛𝗔𝗠𝗜𝗦)

- Majlis Perasmian Pembangunan Berintegrasi Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting, Daerah Yan, Kedah ini telah bermula pada jam 4.30 petang bertempat di hadapan Pulau Bunting, Yan, Kedah Darul Aman.
Para Ahli Jawatankuasa dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan turut tidak melepaskan peluang berganding bahu menyumbang tenaga bagi membantu persiapan dan pengendalian majlis yang penuh bersejarah ini.
Antaranya termasuklah penglibatan dalam jawatankuasa - jawatankuasa kecil jemputan, sambutan, pendaftaran, persiapan tempat, kebersihan / keceriaan, cabutan bertuah, cenderamata dan jamuan serta turut terlibat dalam tiga sesi raptai sebelum majlis sebenar berlangsung.
Program ini dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad, Tan Sri Che Khalib bin Mohamad Noh dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor dan seterusnya majlis ini diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
Majlis kemudiannya diteruskan acara gimik perasmian, penyampaian cenderamata oleh Pegawai Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. (merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan) kepada YAB Perdana Menteri, tayangan video dan taklimat model projek pembangunan berintegrasi tersebut kepada para tetamu kehormat oleh Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad.
Selepas selesai majlis perasmian tersebut, YAB Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar turut meluangkan waktu melakukan cabutan bertuah dan menyampaikan hadiah kepada dua orang penerima hadiah utama cabutan bertuah tersebut iaitu sebuah kereta Proton X50 dan sebuah motorsikal Kawasaki.
Turut hadir dalam program ini ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah [YB Dato’ Johari Bulat], Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah [YB Dato’ Norizan Khazali], Pengerusi Kumpulan MMC Corporation Berhad [Tan Sri Tajudin Atan], Menteri-Menteri Kabinet Malaysia, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Daerah Negeri Kedah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua jabatan / agensi / institusi / pertubuhan dan para individu yang telah membantu dalam menjayakan program ini yang berjaya mengumpul seramai 15 000 orang pengunjung.
Sekalung tahniah dan terima kasih juga dirakamkan kepada pihak pengurusan dan seluruh warga MMC Corporation Berhad dan SKS Corporation atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan majlis yang amat bersejarah dan begitu bermakna ini, khususnya bagi Daerah Yan, Kedah Darul Aman.
Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Puan Noorul.....
[Timbalan Pengerusi 1], Puan Nad.... [Setiausaha], Puan Nurliza.... [Bendahari], para Ahli Jawatankuasa dan seluruh warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan atas komitmen tinggi, kerjasama padu serta segala sumbangan masa dan tenaga diberikan dalam memastikan kejayaan pengendalian majlis yang penuh gemilang ini dan kekal terpahat sebagai pengalaman dan kenangan terindah bersama.
TAHNIAH PUSPANITA YAN!!!