15.9.22

PROGRAM 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮

𝟭𝟱 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗞𝗛𝗔𝗠𝗜𝗦) - Program ini telah diadakan bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna, Guar Chempedak, Yan, Kedah.

Ia dimulakan dengan pendaftaran para peserta dan disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusun pada hari tersebut , antaranya termasuklah aktiviti senamrobik,pertandingan mewarna,pertandingan gubahan pulut kuning,pertandingan sepak penalti, pertandingan ‘shootout’ bola jaring, pameran dari pelbagai jabatan dan agensi serta persembahan khas dari para murid dan pelajar sekolah sekitar Daerah Yan.
Pasukan dari PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan turut tidak melepaskan peluang untuk bertanding dalam pertandingan gubahan pulut kuning. Johan pertandingan tersebut adalah dari pasukan Kg KEDA Sg Udang iaitu En Azri bin Yom (adik) dan Puan Melati bin Yom (kakak). Manakala naib johan menjadi milik Pasukan PUSPANITA Majlis Daerah Yan yang diwakili oleh Puan Adibah binti Ismail dan Puan Nor Filzah binti Che Mansor. Sementara itu, tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan Jabatan Kerja Raya Daerah Yan yang diwakili oleh Puan Rasyiqah Raihan binti Roslee dan Puan Fatimatuzzahrah binti Mohmad.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada PUSPANITA Majlis Daerah Yan atas kejayaan memperolehi naib johan Pertandingan Gubahan Pulut Kuning tersebut serta semua jabatan / agensi Daerah Yan yang menyertai program pada hari ini.
Majlis Perasmian ‘Semarak Merdeka dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Yan Tahun 2022’ ini diadakan pada jam 11.00 pagi dan disempurnakan oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.Pegawai Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
Majlis ini kemudiannya diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang pertandingan dan peserta persembahan yang terlibat serta lawatan Tuan Pegawai Daerah Yan ke pameran pelbagai jabatan / agensi yang berkaitan.
Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua jabatan / agensi yang telah membantu menjayakan dan memeriahkam penganjuran program yang sangat bermakna ini bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Yan.