23.9.22

KAYUHAN MUHIBBAH ANJURAN PEJABAT ADUN GUAR CHEMPEDAK DENGAN KERJASAMA PENGAKAP DAERAH YAN

 23 SEPTEMBER 2022 (JUMAAT) - Program Kayuhan Muhibbah ini telah diadakan jam 8.00 pagi bertempat di perkarangan Pejabat ADUN Guar Chempedak, Yan, Kedah.

Program Kayuhan Muhibbah ini juga turut disertai oleh YB ADUN Guar Chempedak [YB Dato' Wira Ku Abd Rahman bin Ku Ismail], Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Yan [Encik Mohd Akmal bin Azimi], para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan (PDTY), Majlis Daerah Yan (MDY), warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Penghulu-penghulu Mukim, para warga IPD Yan, Bomba dan Penyelamat Yan serta para wakil dari pelbagai jabatan / agensi di Daerah Yan serta komuniti setempat yang melibatkan keseluruhan penyertaan mencecah hampir 200 orang peserta.
Aktiviti kayuhan basikal ini melibatkan jarak kayuhan sejauh 25 km dan 10 km.
Aktiviti dimulakan dengan aktiviti senaman regangan serta diteruskan dengan taklimat laluan perjalanan kayuhan santai oleh wakil pihak penganjur.
Program ini kemudiannya diteruskan dengan acara pelepasan kayuhan oleh YB ADUN Guar Chempedak dan Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan pada jam 8.30 pagi.
Kayuhan santai ini telah menyusuri laluan perjalanan yang menyeronokkan di mana para peserta dapat menikmati keindahan alam semula jadi serta merasai suasana desa yang aman dan permai.
Titik penamat kayuhan santai ini berakhir di perkarangan Pejabat ADUN Guar Chempedak dan diteruskan dengan acara perasmian penutup dan kemuncak program ini ialah majlis penyampaian sijil penghargaan tamat kayuhan dan hadiah / cabutan bertuah yang disampaikan oleh YB ADUN Guar Chempedak.
Selain itu, para urus setia program dan peserta kayuhan turut berkesempatan melakukan kejutan majlis sambutan ulang tahun kelahiran YB ADUN Guar Chempedak yang ke 70 yang jatuh pada hari ini dan diraikan secara ringkas tetapi sangat bermakna.
Setinggi - tinggi penghargaan diucapkan kepada YB ADUN Guar Chempedak, Pengakap Daerah Yan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan, Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, APM Daerah Yan, JKR Daerah Yan, Pejabat Kesihatan Daerah Yan, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, para Penghulu Mukim serta semua yang membantu menjayakan program Kayuhan Muhibbah yang meriah ini.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada para peserta kayuhan dari PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dan para warga kerja PDTY serta MDY yang diketuai oleh Tuan Pegawai Daerah Yan / Tuan YDP Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan dalam penyertaan program Kayuhan Muhibbah yang julung kali diadakan ini.