5.10.22

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗜𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟮 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡

 𝟬𝟱 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗥𝗔𝗕𝗨) - Perbincangan ini diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dan dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK., Pegawai Daerah Yan.

Perbincangan ini diadakan bagi menyelaras semua program dan aktiviti yang dirancang untuk diadakan sempena Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Daerah Yan yang akan bermula dari 06 Oktober (Khamis) sehingga 09 Oktober 2022 (Ahad) di beberapa lokasi terpilih di Daerah Yan.
Selain itu, antara perkara - perkara yang turut dibincangkan termasuklah jumlah urus setia dan petugas keselamatan, anggaran jamuan, anggaran jumlah peserta, keperluan peralatan dan logistik, persiapan lokasi acara perasmian, keselamatan dan lalu lintas, kebersihan, program gotong - royong dan peruntukan pembiayaan aktiviti / program.
Turut hadir dalam perbincangan ini ialah KPPD (Pengurusan Tanah), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran / Pengurusan Daerah), Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, wakil Ketua Polis Daerah Yan, Pengarah Hospital Yan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Pegawai Kesihatan Daerah Yan, wakil Pegawai APM Daerah Yan, Pegawai RELA Daerah Yan, Penolong Pegawai Penerangan Daerah Yan, Pengurus E Idaman Kawasan Yan, Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Setiausaha Majlis Kebudayaan Daerah Yan, wakil YDP Kelab Kebajikan dan Rekreasi PDTY, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi MDY, para Penghulu Mukim Daerah Yan, Penolong Pegawai Tadbir dan urus setia dari Pejabat Daerah dan Tanah Yan.