4.10.22

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟. 𝟮 / 𝟮𝟬𝟮𝟮

 𝟬𝟰 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟮 (𝗦𝗘𝗟𝗔𝗦𝗔) - Mesyuarat ini diadakan pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, SMK Dulang, Yan dan dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 1 / 2022 bertarikh 27 September 2022 dan laporan maklum balas perkara - perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat tersebut.
Mesyuarat kemudiannya mengambil maklum cadangan pelbagai program dan aktiviti sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Daerah Yan yang dibentangkan oleh Puan Asnatul Adha Binti Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan yang menyasarkan penglibatan seramai 19700 orang peserta.
Aktiviti Sambutan HSN 2022 Daerah Yan dimulakan dengan acara Fun Walk Keluarga Yan @ Jambatan Pulau Bunting pada Jumaat 07 Oktober 2022.
Seterusnya pada 08 Oktober 2022 (Sabtu) pula, akan diadakan beberapa aktiviti termasuklah Fun Ride 22 KM, Kayuhan Santai VIP HSN 2022 (10 km), Fun Walk HSN, Aerobic Jamming, Sukaneka Kanak - Kanak Tabika, Sepak Raga Ratus, Netball Shoot Out, Mari Mencuba Memanah Tradisional, Cabaran Ketinggian (Rappelling), bola tampar & sepak raga tuju @ Bomba dan Penyelamat Yan dan Majlis Perasmian HSN 2022 Daerah Yan bertempat di SMK Dulang, Yan.
Manakala aktiviti Santai Badminton & Futsal, Keluarga Malaysia Aktif - Fun Tracking dan Women and Fitness Tracking serta Aktiviti Berarak Menjejak Langkah Sempena Maulidur Rasul @ Keluarga Malaysia Aktif dijangka diadakan pada Ahad 09 Oktober 2022 di beberapa lokasi terpilih di Daerah Yan.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil YB Ahli Parlimen Jerai, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran / Pengurusan Daerah) PDTY, wakil Tuan YDP MDY, wakil Ketua Polis Daerah Yan, wakil Ketua Bomba dan Penyelamat Yan, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan, Pengetua SMK Dulang, Pegawai Penerangan Daerah Yan, Setiausaha Majlis Sukan Daerah (MSD) Yan, Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Yan, Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Singkir Darat dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Jerai.