15.12.22

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐘𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐉𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐆𝐄𝐎𝐏𝐀𝐑𝐊 𝟑.𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

 𝟏𝟓 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟐 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒)

- Program Kayuhan Santai Jerai Geopark 3.0 Tahun 2022 ini telah diadakan pada pukul 7.30 pagi bermula di Dataran Kaki Gunung Jerai ke Rimba Rekreasi Lubuk Kawah.
Rimba Rekreasi Lubuk Kawah ini terletak di Sungai Teroi dan merupakan lokasi yang disenaraikan sebagai geotapak di dalam Jerai Geopark yang boleh dikunjungi dan dilawati oleh para pelancong ke Daerah Yan.
Keunikan batuan semula jadi serta air terjun yang terdapat di Rimba Rekreasi Lubuk Kawah tersebut amat sesuai untuk dijadikan kawasan mandi manda dan aktiviti beriadah bersama keluarga Dan rakam - rakan. Lokasi ini merupakan lokasi pelancongan menarik dan indah yang terdapat di Daerah Yan selain dari Peranginan Seri Perigi dan Peranginan Titi Hayun.
Antara kemudahan - kemudahan yang disediakan di sini termasuklah tempat letak kenderaan, tapak perkhemahan, wakaf, tandas, kenderaan ATV dan laluan ATV mengelilingi Rimba Rekreasi tersebut yang menelusuri denai-denai semulajadi di sekeliling Rimba Rekreasi tersebut.
Program riadah seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dan ianya merupakan antara usaha untuk meneroka dengan lebih dekat sumber-sumber pelancongan yang berpotensi dan terdapat di daerah Yan di samping membantu untuk mempromosikannya kepada para pengunjung ke Daerah Yan .
Program kayuhan santai ini telah dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., Ahli-Ahli Majlis Daerah Yan, Tuan Setiausaha MDY, Ketua-Ketua Jabatan & Unit, para warga kerja Majlis Daerah Yan dan turut disertai oleh tiga orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan iaitu Puan Nurliza binti Zakaria, Puan Adibah binti Ismail dan Puan Nur Izzati binti Mohd Sabri.
Datanglah beramai - ramai ke Daerah Yan - Daerah Pelancongan Desa.