13.12.22

BENGKEL PENYEDIAAN COCKTAIL DAN CREPE

 13 DISEMBER 2022 (SELASA)

- Bengkel Penyediaan Cocktail dan Crepe anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dengan kerjasama KEMAS Daerah Yan ini diadakan bermula pada jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Pejabat Penghulu Mukim Dulang, Yan, Kedah melibatkan seramai 30 orang peserta yang terdiri dari para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
Bengkel ini dikendalikan oleh dua orang tenaga pengajar dari KEMAS Daerah Yan iaitu Puan Noor Shahira Binti Mat Rarji dan Puan Faridah Hanim Binti Juhari.
Program dimulakan dengan taklimat penyediaan bahan - bahan masakan dan disusuli dengan demonstrasi cara-cara mengadun bahan-bahan penyediaan crepe dan coktail oleh tenaga pengajar jemputan. Para peserta kemudiannya masing - masing diberi peluang untuk melaksanakan sendiri amali penyediaan menu cocktail dan crepe berasaskan bahan - bahan masakan yang telah disediakan dan mengikut citarasa masing - masing merangkumi perisa durian, coklat, Oreo, strawberi dan mangga .
Aturcara Bengkel ini kemudiannya diteruskan dengan Majlis Perasmian Penutup Bengkel Penyediaan Cocktail dan Crepe yang disempurnakan oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
Semua peserta masing - masing menerima Sijil Penyertaan yang disampaikan oleh Puan Amila Binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan, manakala Sijil Penghargaan turut disampaikan kepada kedua - dua tenaga pengajar jemputan dari KEMAS Daerah Yan.
Program kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar kenang - kenangan para peserta bersama tenaga pengajar dan para tetamu jemputan khas ke Bengkel tersebut.
Turut hadir bersama dalam Bengkel ini ialah
YBhg. Datin Noor Afza Binti Osman (Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah), YBhg. Datin Suriyati Binti Sabar (Pengerusi PUSPANITA Majlis Bandaraya Alor Setar), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK.]. dan Penghulu Mukim Dulang.
Setinggi - tinggi tahniah dan ucapan terima kasih dari PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan kepada semua peserta yang hadir dan menjayakan Bengkel yang julung - julung kali diadakan ini.
Sekalung penghargaan juga dirakamkan kepada KEMAS Daerah Yan dan para tenaga pengajar atas kerjasama padu, komitmen tinggi dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat kepada semua peserta yang terlibat.
Semoga penganjuran program dan aktiviti berfaedah seperti ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan dalam meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman seluruh warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"