1.12.22

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PRIHATIN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH, NGO-NGO, DAN PENDUDUK DUN GUAR CHEMPEDAK

01 DISEMBER 2022(KHAMIS)

Majlis Penyampaian Sumbangan Prihatin ini diadakan bermula jam 3.00 petang bertempat di Sekolah Kebangsaan Teroi, Yan, Kedah Darul Aman dan telah dihadiri oleh para wakil pelbagai NGO dan para penduduk terpilih dari DUN Guar Chempedak. 

Majlis dimulakan dengan ucapan salutasi oleh pengacara majlis dan diikuti dengan bacaan doa. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Ucapan Aluan oleh YB Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail., DGMK., DSDK., BKM., Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan,  Sains, Teknologi & Inovasi dan Pengajian Tinggi merangkap ADUN Guar Chempedak. Turut hadir bersama ialah Penghulu Mukim Yan iaitu Encik Mokhairuddin bin Mahamad. 

Setelah selesai ucapan aluan, seterusnya penyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh YB Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail kepada para penerima sumbangan. 

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan merupakan salah satu persatuan yang aktif yang menerima Sumbangan Prihatin tersebut yang diwakili oleh Puan Siti Nadhirah [Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan] dan Puan Nurliza binti Zakaria [Bendahari PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan].

Sekalung penghargaan dan setinggi - tinggi ucapan terima kasih dirakamkan oleh seluruh warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan kepada YB ADUN Guar Chempedak atas keprihatinan  dan sumbangan YB Dato Wira kepada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Semoga sumbangan yang diterima ini akan dapat membantu PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang bermanfaat untuk seluruh warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

#KeluargaPUSPANITA
#saksamabersama 
#patuhisop
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#puspanitadaerahyan