25.12.22

PROGRAM JOM TONTON FILEM MECHAMATO

24 DISEMBER 2022 (SABTU)

- Program ini telah diadakan pada pukul 3.30 petang bertempat di Paragon Cinema, Alor Setar Mall, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Program yang julung - julung kali diadakan  ini merupakan anjuran PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang melibatkan hampir 15 orang warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dan 25 orang anak - anak dari keluarga masing - masing yang berusia 12 tahun ke bawah. 

Ia diadakan antara lainnya bertujuan untuk merapatkan ukhwah di kalangan para ahli dan keluarga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan di samping mengisi aktiviti cuti persekolahan kanak - kanak ketika ini.

Semua peserta Program Jom Tonton Filem Mechamato ini disajikan dengan tayangan filem animasi hebat tempatan bertaraf antarabangsa yang berdurasi selama hampir dua jam yang penuh dengan aksi dramatik, komedi dan suspens tetapi sangat menghiburkan. Ia turut menerapkan beberapa nilai murni dan positif kepada para penonton termasuklah percaya dan yakin dengan kebolehan diri, kreatif dan inovatif, sifat berani dan jati diri serta nilai - nilai persahabatan yang murni dan sejati.

Turut hadir bersama dalam program ringkas tetapi meriah ini ialah Tuan Pegawai Daerah Yan / Yang Dipertua Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK.,] Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Amila binti Ahmad], Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) / Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, BCK., ], Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) [Encik Mohammad Afifi Bin Mohammad],  Timbalan Pengerusi 3 PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan [Puan Aainaa Mardhiah binti Sollehuddin], para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan, para Ahli Jawatankuasa dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua ahli dan keluarga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan atas penyertaan dan kerjasama yang diberikan  dalam memastikan kelancaran an kejayaan program santai tetapi bermakna seperti ini. 

*"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"*

#KeluargaPUSPANITA
#saksamabersama 
#patuhisop
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#puspanitadaerahyan