22.12.22

𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐍𝐔𝐑 '𝐀𝐋𝐀 𝐍𝐔R

 𝟐𝟐 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟐 (𝐊𝐇𝐀𝐌𝐈𝐒)

- Program ini telah diadakan pada pukul 9.30 pagi bertempat di Dewan Seminar, D'Yan Chalet, Pusat Peranginan Titi Hayun, Yan, Kedah Darul Aman.
Bicara Nur 'Ala Nur ini disampaikan oleh Tuan Guru Hj Wan Muhammad Izuddin bin Syeikh Wan Ibrahim,
Mudir Pondok Gajah Mati. Bicara Nur 'Ala Nur ini dilaksanakan secara hibrid iaitu bersemuka dan juga secara atas talian.
Program ini adalah anjuran Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri Kedah dan Darul Aman Media & Event dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Yan serta Majlis Daerah Yan.
Program ini dihadiri oleh 50 orang peserta dari kalangan para penjawat awam pentadbiran Daerah Yan yang terdiri dari para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Majlis Daerah Yan, Pejabat Agama Daerah Yan, Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, Jabatan Kerja Raya Daerah Yan, Pejabat Kesihatan Daerah Yan serta para warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah dirakamkan kepada pihak penganjur atas inisiatif yang sangat bermakna ini dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua jabatan dan agensi Daerah Yan yang membantu menjayakan program ilmu yang sangat bermanfaat seperti ini.
"𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚, 𝐍𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚"