𝟓 𝐌𝐀𝐂 & 𝟕 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐀𝐇𝐀𝐃 & 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀)
Program Penyampaian Sumbangan “Back To School “ Tahun 2023 Daerah Yan ini telah dianjurkan oleh PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan melibatkan seramai 20 orang penerima.
Manakala sesi penyerahan kedua pula berlangsung pada 07 Mac 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah dan Tanah Yan yang disempurnakan oleh Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. Pegawai Daerah Yan / YDP Majlis Daerah Yan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan melibatkan seramai 6 orang penerima.
Program ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan berbentuk sumbangan wang tunai berjumlah RM150 kepada 20 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan yang terpilih dan memerlukan.
Program ini juga merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dalam membantu para warga PUSPANITA yang memerlukan khususnya untuk anak-anak ahli PUSPANITA dari segi dana untuk memulakan sesi persekolahan baharu yang bakal bermula pada 19 Mac 2023 nanti.
Semoga sumbangan bantuan ini diharapkan sedikit sebanyak mampu meringankan beban para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan dalam menyediakan keperluan dan kelengkapan persekolahan anak-anak masing - masing terutamanya kepada para ibu bapa yang mempunyai anak-anak / tanggungan yang ramai.
*“Setiap kali sesi persekolahan baharu bermula, golongan ibu bapa cukup sibuk memastikan kelengkapan anak-anak mereka sempurna dalam memulakan sesi pembelajaran. Pakaian dan kelengkapan sekolah yang serba baharu sudah tentu memberi semangat kepada anak-anak untuk kembali ke sekolah . Ini sudah tentu memberi motivasi kepada mereka untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran”*
- Puan Amila Binti Ahmad
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.
Program ini kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar Tuan Penasihat dan Puan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan bersama semua penerima sumbangan "Back To School" berkenaan.
Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas penyaluran sumbangan "Back To School" Tahun 2023 yang sangat bermakna ini khususnya kepada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Yan.